Saturday, 29 March 2014

Arteri Koronari

PENYAKIT ARTERI KORONARI 

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah semua. 
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. 

Hari ni diba nak kongsikan tentang penyakit arteri koronari yang merupakan salah satu penyebab kematian utama di Malaysia.

Penyakit arteri koronari berlaku hasil pembentukan plak dalam saluran darah atau arteri koronari, ini dipanggil aterosklerosis. Saluran darah menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Jika keadaan ini berterusan, pengaliran darah ke otot jantung akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah berkurangan ke tahap kritikal, seseorang akan berisiko untuk mendapat serangan jantung.

Ateroskelrosis menyebabkan saluran darah yang asalnya licin dan elastik, kerana pembentukan plak menjadi sempit dan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul lalu meningkatkan risiko serangan jantung.

Punca penyakit jantung berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi. Penyakit jantung koronari adalah antara penyebab kematian utama di hospital kerajaan di Malaysia. Walaupun punca sebenar tidak diketahui, penyakit arteri koronari boleh bermula dengan kerosakan atau kecederaan pada lapisan dalaman arteri.

Kerosakan mungkin disebabkan oleh:
lTekanan darah tinggi
lKolesterol tinggi, akibat makanan banyak kolesterol atau lemak tepu
lMerokok dan sumber lain nikotin.
lDiabetes

Kerosakan pada dinding dalaman arteri menyebabkan darah beku dan lemak dalam darah melekat dan terkumpul pada darah beku menyebabkan aterosklerosis.

Faktor risiko yang lain yang menyebabkan berlakunya penyakit ini termasuklah:
l Kegemukan (Obesiti)
l Kekurangan aktiviti fizikal
l Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
l Kaum etnik

Tanda awal & simptom penyakit jantung koronari:
l Pesakit mungkin merasa sakit dada (angina) dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti lasak. Angina digambarkan seperti jantung dipijak, rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung diperah.
l Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang atau belakang badan.
l Semasa serangan jantung, pesakit akan mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh, loya, berdebar dan pening.

Gejala lain termasuk:
l Sesak nafas.
l Berdebar
l Lemah, lesu atau pening.
l Loya.
l Berpeluh.

Mengenalpasti dan menangani faktor risiko arteri koronari melalui:
l Pengesanan awal faktor risiko melalui pemeriksaan perubatan secara berkala
l Amalan cara hidup sihat:
a) Berhenti merokok
b) Pemakanan seimbang
c) Pengekalan berat badan unggul
d) Senaman berkala
l Pengawalan secara optima:
a) Tekanan darah tinggi
b) Paras gula untuk pesakit diabetes
c) Paras kolesterol
d) Rehabilitasi

Rehabilitasi jantung adalah program latihan yang dipantau oleh anggota kesihatan yang berkelayakan atau mahir. Ia boleh membantu pesakit pulih dengan cepat dan meningkatkan tahap fungsi fizikal, mental dan sosial. Ia merupakan program pelbagai bidang termasuk:
a) Kaunseling mengenai proses penyakit dan kepentingan pengambilan ubat
b) Program senaman
c) Nasihat pemakanan
d) Membantu pesakit mengurangkan faktor risiko
e) Memberi bimbingan kerjaya
f) Sokongan emosi

Masalah jantung tersumbat paling biasa dialami semasa:
l Senaman atau melakukan senaman.
l Makan.
l Stres atau tekanan.
l Pendedahan kepada sejuk.

Penyakit Arteri Koronari dan Shaklee
Ikhtiar lain yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil makanan tambahan Shaklee yang bersesuaian dengan penyakit Arteri Koronari ini. Produk-produk yang disyorkan bagi pesakit arteri koronari adalah:
            Vivix
            Omega Guard
            Lecithin

Shaklee - Set Koronari Arteri


Jom baca apa khasiat ketiga-tiga produk tersebut.

Vivix
Vivix dihasilkan daripada empat ramuan semulajadi yang hebat iaitu anggur muscadine (satu-satunya anggur hebat yang mempunyai lebih dari satu kromosom), lobak ungu, elderberi, dan polygonum cuspidatum.

Lobak ungu mengandungi anthocyanin yang sangat baik untuk kesihatan saluran darah, platelet. Selain itu, ia juga mengandungi lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberi (sambucus nigra) berupaya merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi kolestrol LDL dianggap sebagai satu penyebab utama penyakit kardiovaskular. Kesimpulannya, elderberi mampu memberi perlindungan kepada penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok, dan serangan sakit jantung.

Omega Guard
Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang boleh melincirkan saluran darah, dan mengekalkan peredaran darah yang lancar.

Ia juga membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida, dan kolestrol LDL, mencegah asteriosclerosis, myocardial infarction, dan membantu mengurangkan risiko oenyakit jantung.

Lecithin
Lecithin bertindak sebagai “pembersih” saluran darah. Pengambilan tambahan mampu mengemulsi dan memetabolisma lemak, kolestrol, dan trigliserid di dalam tubuh.

Formulanya yang unik juga boleh membantu memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterisklerosis dan menggalakkan peredaran darah.

Keterangan lanjut, hubungi:
Adibah
ID: 1075449
019-6169808
FB: Dib Healthy Point

Blog: dibhealthypoint.blogspot.com

No comments:

Post a Comment