Saturday, 25 January 2014

Ingin Kurus Secara Sihat??

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang :)
Selamat menunaikan tanggungjawab kepada yang bekerja pada hari ini.

Boleh dikatakan hampir semua orang inginkan bentuk badan yang ideal kan.. dan semestinya ramai yang mencari-cari produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Tapi dalam keterujaan NAK KURUS tu, kena selidik dulu adakah produk tersebut memberi kesan sampingan atau tidak. Jangan pula banyak wang dilaburkan untuk membeli produk-produk menguruskan badan, tapi akhirnya diri yang merana. 

Cara yang paling baik untuk mendapatkan berat badan ideal adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan senaman secara konsisten. Saya nak kongsikan petikan dari artikel dari akhbar Metro bertarikh 30 September 2013 yang ditulis oleh Nor Faizah Mohamed mengenai MINUMAN DIET. (boleh klik: 
http://www.hmetro.com.my/articles/Kurussecarasihat/Article) untuk rujukan yang lebih jelas :)

Artikel ini menyatakan bahawa menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekaligus memudahkan penurunan berat badan. Namun, tidak seronok pula senaman tanpa diselang-selikan dengan pengambilan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu. 

Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini dihasilkan dari bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin C. Bahan-bahan yang diperlukan untuk MINUMAN  ini adalah:

Bahan-bahan untuk Minuman Diet.


Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang ­(potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais

Air kosong

Menurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini menekankan aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh. Seterusnya, melancarkan sistem dalam tubuh. Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin, dan lemak berlebihan khususnya di bahagian hati tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu & membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.


Usaha menurunkan berat badan tidak boleh hanya bergantung kepada minuman ini semata-mata. Tetapi senaman juga sangat penting dan efektif untuk membakar lemak. Pada masa yang sama, minum air kosong dalam kuantiti yang banyak juga membantu proses penurunan berat badan kerana minum minuman ini sahaja tidak membekalkan air yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan berpunca daripada kurang minum air kosong. Ini kerana wujudnya MITOS "Kegemukan Air". Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila kesemua perkara ini (minuman diet, senaman, air kosong) digabungkan, ia akan memudahkan lagi proses penurunan berat badan. 

Mahu Saiz XL ke M??


Namun begitu, dengan rutin harian yang sibuk dan tidak menentu, mungkin perkara-perkara di atas tidak dapat dilakukan secara konsisten terutamanya senaman. Shaklee menawarkan produk-produk yang sesuai untuk mereka yang berusaha menurunkan berat badan. Set Kurus Shaklee menekankan konsep BAKARBUANG, dan BINA bagi memastikan proses penurunan berat badan berlaku secara sihat dan TIDAK memberikan kesan sampingan kepada pengamalnya :)


Apa yang terdapat dalam Set Kurus Shaklee ni??


Set Kurus Shaklee dengan Konsep BAKAR, BUANG dan BINA.

  • Bakar: Lecithin dan Omega Guard
-Fungsi Lecithin adalah untuk memecahkan lemak dan kolestrol , bertindak sebagai ejen pembersih salur darah, mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol, trigliserid dalam tubuh, menghalang obesiti (pengambilan secara berterusan mampu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang), membantu tubuh menyerap Vitamin A, D, E, dan K yang larut lemak, mencantikkan otot dan kulit. 

-Fungsi Omega Guard adalah untuk merendahkan kolestrol, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserid dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti.

  • Buang: Herblax dan Alfalfa
-Fungsi Herblax adalah untuk pembersihan najis yang tersekat, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dalam tubuh, membantu memberikan kepejalan pada perut, membantu masalah sembelit, dan mengempiskan perut.

-Fungsi Alfalfa adalah untuk menyingkirkan lemak dan kolestrol, mencuci hati dan usus kerana sifatnya yang beralkali, mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan kolon, darah, mencantikkan kulit & otot.

  • Bina: Cinch Shake dan ESP
-Fungsi Cinch Shake adalah memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan (kerana ia diperkaya dengan leucine), mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah dan mengekalkan tenaga (kerana Indeks Glisemik nya yang rendah iaitu 22), membantu memberikan rasa kenyang dengan 24g protein dalam setiap hidangan, memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting. 

-Fungsi ESP adalah membekalkan tenaga segera, meningkatkan sistem imun (maka ia baik untuk sentiasa kekal bertenaga), merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengembalikan kepejalan otot, merendahkan paras kolestrol.


Harga MENARIK untuk anda !
Juga boleh dapatkan produk-produk ini secara berasingan & mengikut BAJET anda :)


Set Kurus Bajet.


~Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mencegah, mendiagnosis, atau merawat sebarang penyakit~


Yang menulis;



No comments:

Post a Comment