PENYAKIT
ARTERI KORONARI
Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah semua.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.
Hari ni diba nak kongsikan tentang penyakit arteri koronari yang merupakan salah satu penyebab kematian utama di Malaysia.
Penyakit arteri
koronari berlaku hasil pembentukan plak dalam saluran darah
atau arteri koronari, ini dipanggil aterosklerosis. Saluran darah
menjadi keras dan sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Jika keadaan ini berterusan, pengaliran darah ke otot jantung akan
berkurangan. Ini akan mengakibatkan sakit dada. Jika bekalan darah
berkurangan ke tahap kritikal, seseorang akan berisiko untuk mendapat serangan
jantung.
Ateroskelrosis menyebabkan
saluran darah yang asalnya licin dan elastik, kerana pembentukan plak menjadi
sempit dan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung kekurangan bekalan oksigen
dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul lalu meningkatkan risiko
serangan jantung.
Punca
penyakit jantung berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan
status sosioekonomi. Penyakit jantung koronari adalah antara penyebab kematian
utama di hospital kerajaan di Malaysia. Walaupun punca sebenar tidak
diketahui, penyakit arteri koronari boleh bermula dengan kerosakan atau kecederaan
pada lapisan dalaman arteri.
Kerosakan mungkin
disebabkan oleh:
lTekanan
darah tinggi
lKolesterol
tinggi, akibat makanan banyak kolesterol atau lemak tepu
lMerokok
dan sumber lain nikotin.
lDiabetes
Kerosakan
pada dinding dalaman arteri menyebabkan darah beku dan lemak dalam darah
melekat dan terkumpul pada darah beku menyebabkan aterosklerosis.
Faktor risiko yang
lain yang menyebabkan berlakunya penyakit ini termasuklah:
l
Kegemukan (Obesiti)
l
Kekurangan aktiviti fizikal
l
Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
l
Kaum etnik
Tanda awal &
simptom penyakit jantung koronari:
l
Pesakit mungkin merasa sakit dada (angina)
dan/atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti lasak. Angina
digambarkan seperti jantung dipijak,
rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung diperah.
l
Kadangkala kesakitan boleh dirasai pada bahagian bahu, lengan, leher, rahang
atau belakang badan.
l
Semasa serangan jantung, pesakit akan mengalami sakit dada secara tiba-tiba
dan diiringi dengan berpeluh, loya,
berdebar dan pening.
Gejala lain termasuk:
l
Sesak nafas.
l
Berdebar
l
Lemah, lesu atau pening.
l
Loya.
l
Berpeluh.
Mengenalpasti dan
menangani faktor risiko arteri koronari melalui:
l
Pengesanan awal faktor risiko melalui pemeriksaan perubatan secara berkala
l
Amalan cara hidup sihat:
a) Berhenti merokok
b) Pemakanan seimbang
c) Pengekalan berat badan unggul
d) Senaman berkala
l
Pengawalan secara optima:
a) Tekanan darah tinggi
b) Paras gula untuk pesakit diabetes
c) Paras kolesterol
d) Rehabilitasi
Rehabilitasi
jantung adalah program latihan yang dipantau oleh anggota kesihatan
yang berkelayakan atau mahir. Ia boleh membantu pesakit pulih dengan cepat dan
meningkatkan tahap fungsi fizikal, mental dan sosial. Ia merupakan program
pelbagai bidang termasuk:
a) Kaunseling mengenai proses penyakit dan kepentingan
pengambilan ubat
b) Program senaman
c) Nasihat pemakanan
d) Membantu pesakit mengurangkan faktor risiko
e) Memberi bimbingan kerjaya
f) Sokongan emosi
Masalah jantung
tersumbat paling biasa dialami semasa:
l
Senaman atau melakukan senaman.
l
Makan.
l
Stres atau tekanan.
l
Pendedahan kepada sejuk.
Penyakit Arteri Koronari dan Shaklee
Ikhtiar
lain yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil makanan tambahan Shaklee yang
bersesuaian dengan penyakit Arteri Koronari ini. Produk-produk yang disyorkan
bagi pesakit arteri koronari adalah:
❶
Vivix
❷
Omega Guard
❸
Lecithin
![]() |
Shaklee - Set Koronari Arteri |
Jom
baca apa khasiat ketiga-tiga produk tersebut.
Vivix
Vivix dihasilkan daripada empat ramuan semulajadi yang hebat
iaitu anggur
muscadine (satu-satunya anggur hebat yang mempunyai lebih dari satu kromosom),
lobak ungu, elderberi, dan polygonum cuspidatum.
Lobak ungu mengandungi anthocyanin
yang sangat baik untuk kesihatan saluran darah,
platelet. Selain
itu, ia juga mengandungi lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
Elderberi (sambucus nigra) berupaya merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidasi
kolestrol LDL.
Oksidasi kolestrol LDL dianggap sebagai satu penyebab utama penyakit
kardiovaskular. Kesimpulannya, elderberi mampu memberi perlindungan kepada
penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok, dan serangan sakit jantung.
Omega Guard
Omega Guard mengandungi DHA dan EPA
yang boleh melincirkan saluran darah, dan mengekalkan
peredaran darah yang lancar.
Ia juga membantu mengekalkan tahap
kesihatan trigliserida, dan kolestrol LDL, mencegah asteriosclerosis,
myocardial infarction, dan membantu mengurangkan risiko oenyakit jantung.
Lecithin
Lecithin
bertindak sebagai “pembersih” saluran darah.
Pengambilan tambahan mampu mengemulsi dan memetabolisma lemak, kolestrol, dan
trigliserid di dalam tubuh.
Formulanya
yang unik juga boleh membantu memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterisklerosis dan menggalakkan
peredaran darah.
Keterangan lanjut, hubungi:
Adibah
ID:
1075449
019-6169808
FB:
Dib Healthy Point
Blog:
dibhealthypoint.blogspot.com