Sunday, 9 February 2014

Jantung Sihat dengan CoQ Health Plus Shaklee !

❋❋❋ PELIHARA JANTUNG ANDA DENGAN CoQ HEALTH PLUS SHAKLEE ❋❋❋




CoQ Health menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg #CoQ10 dan#reservaterol di dalam gel lembut yang didapati secara semulajadi.

❁❁ Apakah CoQ10?
Ko-enzim Q10 (CoQ10) adalah nutrien larut lemak. Ia dihasilkan oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel badan. Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja kerasdan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi, seperti jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas. 

❁❁ Apakah Reservaterol?
Reservaterol adalah fitonutrien yang wujud di dalam kulit anggur merah dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, reservaterol memainkan peranan utama bagi memastikan kesihatan salur darah. Ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi. 


❁❁ Apakah kepentingan CoQ10?
CoQ10 penting bagi sel-sel di dalam tubuh badan yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang dihasilkan dari apa yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. 

CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidanya yang ampuh, untuk melindungi membrane sel dari radikal bebas. Sebagai antioksidan, CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolestrol tidak baik). Ia sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.

❁❁ Kesan ketiadaan CoQ10
Tanpa CoQ10,
1. Sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga 
2. Organ-organ tidak akan berfungsi dengan sempurna

❁❁ Manfaat CoQ10:

1. Membantu #menghasilkan tenaga di dalam jantung.
2. Membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, seterusnya menambah kekuatan mengepamnya. 
3. Memperbaiki peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen dan nutrisi yang mencukupi untuk pemulihan, rejuvenasi, dan penghasilan kolagen. Ia membantu #menjadikan kulit lebih tegang, cerah, dan berseri.
4. Mengurangkan serangan angin dalam badan.
5. Mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. 
6. Menghalang oksidasi LDL (kolestrol tidak baik) dan menghalangnya melekat & menyumbat salur darah.
7. Meningkatkan stamina dan mengurangkan kelesuan.
8. Meningkatkan kecerdasan mental dan keupayaan kognitif.
9. Menampilkan kulit yang lebih muda dari usia.
10 Meningkatkan kesuburan. CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat bagi ## meningkatkan kiraan sperma dan mutu sperma. Ia juga membantu ## meningkatkan mutu ovum wanita.

❣❣❣ Adibah (ID: 1075449)
❣❣❣ 019-6169808
❣❣❣ FB: Dib Healthy Point
❣❣❣ Blog: dibhealthypoint.blogspot.com

No comments:

Post a Comment